Wednesday, June 10, 2009

Thursday, June 4, 2009

Kuih Bakar Kentang


Bahan-bahan

6 biji kentang yg sederhana
3 biji telur
2 cawan gula pasir
3 cawan penuh tepung gandum
3 cawan santan (1 kotak santan + 2 cawan air)
warna kuning/hijau
1 sudu makan penuh minyak sapi

Cara Membuatnya

Kentang direbus dan setelah itu dikisar halus.
Telur dan gula di kacau hingga rata. Kemudian masukkan tepung dan santan, kacau hingga rata. Kemudian tapiskan adunan ini supaya jangan berbiji.
Tuang pula adunan tepung ke dalam kentang dan kacau sedikit sedikit hingga rata.
Panaskan minyak sapi, setelah itu tuangkan ke dalam adunan kentang dan kacau supaya minyak bercampur rata dengan adunan.
Loyang kuih bakar di sapu dgn minyak. Panas kan sebentar. Baru tuang adunan tadi. Masak atas api yg kecil.
Jika suka boleh taburkan sedikit bijan diatas.
Adunan ni sangat pekat. So jangan campur air lagi. Jika nak rasa durian/cempedak, blend sedikit durian/cempedak bersama sedikit santan tadi.

Kuih Kasui

Bahan

80 g tepung beras
80 g tepung ubi/sagu
100g gula pasir
100 g gula merah /gula melaka
550 g air
1/2 camt air limau nipis/air kapur sireh.

Cara

Masak air dan gula bila larut tapiskan, biar sejuk sedikit.
Panaskan kukusan letak loyang 9X9 in sapu minyak sikit kat loyang.
Campur semua bahab dgn air gula tadi kacau dalam periuk hingga naik wap (hingga adunan tu bergentil sedikit ).
Tuang dalam loyang yang dah panas, kukus la sampai masak.
Note : Kak selalu tambah choc paste or nescafe sedikit bau dia lebih sedap.
Rasulullah SAW telah banyak kali menegaskan di sepanjang kehidupan Baginda. Antaranya sabda Baginda yang bermaksud :

“ Tidakkah ingin kalian aku khabarkan tentang perkara terbaik dan paling berharga yang boleh dimiliki oleh seseorang? Iaitulah, isteri yang solehah, yang cirinya adalah menggembirakankan apabila memandang kepadanya. Jika disuruh, dia mentaatinya, dan bila kamu tiada, dia memelihara ( rahsia dan hartamu ) dengan sebaiknya.”
( Riwayat Abu Daud dan al Hakim )

Kailan & Cendawan Hitam


BAHAN-BAHAN:

200 gm kailan Hong Kong
6 keping cendawan hitam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil tepung jagung
Sedikit air
Gula dan garam

CARA MENYEDIAKAN:

1. Celurkan kailan separuh masak, angkat dan toskan serta susun di atas pinggan.
2. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak masak dan masukkan sos tiram, sedikit air, cendawan hitam, kicap pekat, gula, garam dan serbuk perasa secukupnya.
3. Akhir sekali masukkan tepung jagung dan masak sehingga mendidih dan tuangkan ke atas sayur tadi. Hidangkan.

Telur Goreng Berlada


BAHAN-BAHAN:
4 biji telur (saiz besar)
¾ cawan minyak

BAHAN TUMBUK KASAR:
4 tangkai cili merah
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah(hiris nipis)
Garam dan Gula secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:
1) Rebus telur hingga masak, sejukkan dan kupas.
2) Panaskan minyak dalam kuali dan goreng telur hingga kekuningan. Ketepikan.
3) Tinggalkan dua sudu besar minyak lebihan menggoreng telur dan tumis bawang
merah hingga kekuningan dan naik bau.
4) Masukkan bahan-bahan tumbuk, garam, gula dan goreng lagi hingga masak.
5) Masukkan telur rebus goreng ke dalam sambal dan gaul sebati, angkat dan
bolehlah dihidangkan.

Cendawan Goreng


BAHAN-BAHAN:
500 gm cendawan
1 sudu kecil lada hitam (kisar)
1 sudu kecil serbuk lada sulah
4 biji telur
Garam secukup rasa


CARA MENYEDIAKAN:
1. Telur dipukul dan dicampurkan de-ngan lada sulah, lada hitam dan garam secukup rasa.
2. Kemudian celupkan cendawan dan goreng sehingga masak.

Kek Puding Lapis Agar-agar


BAHAN KEK:
200 gm sponge mix
4 biji telur
1 sudu besar ovallete
50 ml air Sedikit esen vanila
60 ml minyak
BAHAN PUDING:
200 ml susu cair
200 ml susu segar
90 gm flan vanila
30 gm tepung kastard
Sedikit esen vanila
BAHAN TOPPING:
200 ml air
35 gm gula
1/2 sudu besar serbuk agar-agar
Sedikit perasa lemon
Sedikit pewarna kuning
CARA MENYEDIAKAN:
1. Untuk membuat kek, pukul telur sehingga gebu.
2. Masukkan sponge mix, ovallete, esen vanila, air dan minyak.
3. Pukul sehingga gebu dan masukkan ke dalam acuan empat segi, bakar pada suhu 170oC selama 25 minit.
4. Setelah masak sejukkan dan keluarkan dari acuan. Trim di bahagian tepi kek, kemudian masukkan ke dalam acuan 9 x 9 x 3 inci.
5. Untuk puding, panaskan tiga per empat susu, kemudian masukkan flan vanila.
6. Susu yang selebihnya tadi, kacau sebati bersama tepung kastard dan tuangkan ke dalam flan vanila.
7. Kacau selama 5 hingga 6 minit. Tuangkan puding ini ke atas kek dan sejukkan.
8. Untuk topping, satukan kesemua bahan topping dan masak di atas api sehingga mendidih dan kacau perlahan-lahan. Tuangkan di atas puding pula.
9. Akhir sekali, hiaskan dengan buah anggur. Sejukkan.

Sup Tulang


BAHAN-BAHAN:


1 kg tulang rusuk lembu
4 biji ubi kentang
10 ulas bawang merah (tumbuk)
5 ulas bawang putih (tumbuk)
1 cm halia muda (tumbuk)
1 1/2 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil jintan putih (tumbuk)
1/2 sudu kecil jintan manis (tumbuk)
4 biji buah pelaga (ketuk)
1 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 tangkai daun sup
Sedikit bawang goring

CARA MENYEDIAKAN:


1.Rebuskan tulang lembu bersama kulit kayu manis sehingga dagingnya lembut.
2.Masukkan ubi kentang. Ketepikan.
3.Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan tumbuk sehingga naik bau dan tuangkan
ke dalam periuk rebusan tulang tadi.
4.Seterusnya, masukkan sedikit garam dan kacau rata.
5.Masukkan pula daun sup dan bawang goreng.
6.Angkat dan hidangkan.

Ayam Roasted


1 ekor ayam (berat anggaran 1 1/2kg hingga 2kg ~ jangan dibelah dan jangan dibuang kulitnya)
Cuci bersih ayam dan toskan , lalu dilumur dengan sedikit garam 2 sudu teh serbuk buah pala 1 sudu makan serbuk lada hitam yang kasar 2 sudu makan kicap cair 1 sudu makan kicap pekat 1 biji lemon, ambil jusnya 200g mentega lembut @ olive oil
Bahan2 Sayuran:
sedikit garam untuk tabur atas sayurnya 1 biji bawang besar ~ belah empat 500g kentang kecil dicuci bersih dan jangan kupas kulit 10 biji broccoli (boleh dilebihkan) potong hujung dan cuci bersih 2 biji tomato belah 4 beberapa biji cherry tomato Beberapa biji baby carrot ~ kukus sebentar (jika mahu)
CARA ~
Alas tin pembakar dengan kertas timah yang lebih lebar dari dulangnya. Panaskan ketuhar 180C. Kicap, jus lemon., lada hitam dan buah pala digaul rata dalam mangkuk. Lumurkan pada ayam. Masukkan perutnya sedikit mentega dan cecair perapan. Biarkan sebentar supaya meresap kedalam ayam.
Terbalikkan ayamnya dan ikat kedua2 kakinya dengan benang putih kasar, supaya bila dimasak, kakinya bercantum.. begitu juga dengan kedua kepaknya. (Ikat longgar sahja) Setelah itu, alihkan ayam kedulang pembakar, dengan bahagian belakang diatas. Curahkan lebihan cecair diatas ayam. Sapu ayam dengan mentega terutama didalam perutnya. Selitkan ubi kentang kecil ditepi-tepi ayam, terutama dibawahnya
Masukkan beberapa biji kentang kecil, tomato ceri dan broccoli didalam perut ayam. Hias sekelilingnya dengan lebihan tomato, broccoli dan bawang besar. Masukkan kedalam ketuhar dan bakar selama 30 minit. Jika terdapat banyak cecair yang keluar, senduk dan sira diatas ayam. Masukkan semula kedalam ketuhar dan bakar lagi selama 20 minit sehingga masak. (Jikalau kentang kecil belum empuk, biarkan kentang masak beberapa minit lagi.)

Bingka Keledek

2 cawan gula pasir
1 biji telur ayam sedang
3 cawan tepung gandum
600g keledek
500ml santan

Keledek direbus lembut dan dilenyek hingga lumat. Masukkan semua bahan-bahan kedalam blender dan blend hingga halus. Di tapis kedalam loyang yang sudah disapu minyak. Bakar sehingga masak.
"Tiada seorang mukmin ditimpa kesakitan, kepayahan, penyakit, kesedihan hatta duri yang menusuk, kecuali dengan itu menghapuskan dosa-dosanya." (Riwayat Al Bukhari )

Renungan....

“Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia berkata baik atau diam, siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia menghormati tetangganya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia memuliakan tetamunya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Wednesday, May 6, 2009

Kek Coklat



BAHAN:


bahan A


250 gm butter 210 gm gula kastor/halus 5 biji telur ayam


bahan B


210 gm tepung gandum


1 sudu teh baking powder


ayak bersama 50 gm serbuk koko


80 ml susu segar/fresh milk



CARA:


1. Pukul butter dan gula sehingga gebu/kembang


2. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.


3. Masukkan tepung yg diayakkan diselangselikan dengan susu.


4. Kacau rata dan masukkan kedalam acuan yg diletakkan dalam acuan.


5. Bakar dalam suhu 180'C selama 50 - 60 minit.


6. Sejukkan dan jika suka tuangkan coklat cream icing.



Cream Coklat 250 gm cooking coklat 1 sudu besar majerin 1/2 cawan fresh cream/whipping cream


Cara:


1. Cairkan cooking coklat secara double-boil.


2. Angkat dari air panas tadi dan masukkan fresh cream/whipping cream dan majerin dan kacau sehingga sebati.


3. Tuangkan atas kek.

Kek Batik Jawa


Bahan

400g biskut Marie - patahkan 2 (biasa maklang guna 1 paket biskut marie)

4 telur (kurangkan jadi 2 biji pun boleh)

1 1/2 cwn gula putih (1/2 cwn tu masukkan brown sugar), kurangkan manis.

1 ketui butter

3/4 cwn koko powder

1/2 cwn freshmilk/air biasa

Cara


Telur + gula, pukul ngan whisker…put aside.Cairkan butter didalam periuk kemudian masukkan koko dan gaul rata. Guna api yang kecil.Tambah fresh milk dan masukkan telur dan gula tadi…kacau lagi.


Last sekali, masukkan biskut marie…gaul sampai kesemua biskut sebati.Jgn biarkan biskut terlalu kembang.Angkat dan tuang dlm loyang yg dialas dengan alu.foil supaya kek tu tak melekat…masuk lam fridge, dah keras baru potong menggunakan pisau tajam.

Nota : Kalau guna loyang cutter lagi bagus. Boleh masukkan bahan sampingan seperti walnut dan kismis jika mahu.

SOTO BANJAR

Sup
2 ulas bawang putih, 10 ulas bawang merah, sedikit halia, lada putih, sedikit lengkuas, 5 biji buah keras,3 batang kayu manis, bunga lawang, sedikit cengkih, 2 dada Ayam,3 batang serai (dipotong).

Begedil
Bawang merah, bawang putih , halia, lada puitih, halia, bunga cengkih, buah keras, telur.

Pelengkap
Nasi Himpit, mee suun, daun sup, bawang goreng, telur rebus, ayam (yang telah dicarik), limau, sambal.

Cara membuatnya:
Sup

bawang putih,bawang merah,halia,lada putih, dan buah keras dikisar halus…pastu rebus air dan ayam masukkan bunga cengkih,bunga lawang,kayu manis dan serai….bahan yang dikisar halus tadi tumis sehingga naik bau….kalau air rebusan ayam tadi sdh mendidih masukkan bahan yang telah di tumis,garam dan sedikit perasa.

Begedil

rebus kentang pastu ditumbuk hingga halus…bawang putih,bawang merah,lada putih,halia,bunga cengkih,buah pala tumbuk halus kemudian campur dengan kentang yang sdh dilecek pecahkan 1 atau 2 biji telur gaul hingga sebati..pastu masukkan garam dan perasa.
Buat bentuk bulat-bulat & celup ke dalam telur yg tlh dipukul. Goreng dgn api yang sederhana supaya tidak hancur.Semasa menghidang, letak nasi himpit, mee suun, telur rebus yang telah dipotong dan ayam yang telah dicarikkan di dalam mangkuk dan letak kuah sup dan begedil yang telah dibuat tadi. kemudian letak sedikit bawang goreng dan daun sup. Sedap dimakan ketika panas… sluurrrppp. (jangan lupa sambal untuk penggemar makanan pedas.)

Mee Bakso Jakarta

Bahan-Bahan:
mee kuning
telur direbus
(utuk sup)
bawang putih(cincang halus@kisar)
lada putih
daun sup&daun bawang
(utuk bakso)
isi ayam
bwg putih
lada sulah
tepung jagung
garam&gula
putih telur

Cara:

isi ayam di blend bersama bwg putih,smpai hancur,gaul isi ayam yg diblend td dengan lada sulah,garam,gula,tpung jagung akhir sekali masukkan telur putih.

sementara itu didihkan tulang ayam,bwg putih,bila mendidih,msuk lada sulah,garam,gula.tabur daun sup n bawang. bulat2kan isi ayam,msukkan dalam sup yg mendidih,msakla hingga bebola2 ayam td terapung@masak sempuna.

Cadangan Hidangan:
hidang dgn mee kuning n telur rebus

Bakso

Bahan-bahan ( 7-8 org )
Mee Hoon 1 bungkus (400 gm)
Taugeh
Kobis dihiris halus
*UTK BEBOLA
400 gm daging cincang
2 biji bawang merah diracik halus
2 biji bawang putih diracik halus
2 sb telur (1/2 biji)
1 sk tepung ubi / tepung jagung
sedikit serbuk lada sulah n garam
buah pala
*UTK KUAH
3 biji bawang merah dihiris
* 3 ulas bawang putih
*1/2 inci halia
*1sk lada sulah biji
1 batang serai diketuk
1 sb pati daging / pati ayam
sedikit serbuk lada sulah
garam n perasa

Cara-cara UTK KUAH; Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bawang meras hingga kekuningan. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing n naik bau. Masukkan sekali serai.
Masukkan air, masukkan juga pati daging, serbuk lada sulah, garam n perasa.

UTK BEBOLA: Sementara menunggu kuah mendidih, gaul semua bahan utk membuat bebola daging. Bentukkan bulat mengikut saiz yg kita suka. Siap membentukkan masukkan kedlm kuah tadi, biar mendidih. Kuah siap apabila bebola tadi timbul. Siap kuah n bebola
Rendam bee hoon dan celur, kemudian tapis. Hidang bee hoon dgn taugeh n kobis. Tuang kuah dgn bebola. Boleh juga guna mee lain.

Biasanya di indonesia.. bakso dihidang dgn cili padi yg ditumbuk berasingan dgn kicap... Kicap yg sering diguna kicap ABC.... Tak tahulah kat tempat lain ada tak... Tapi kalau kat batu pahat leh jumpa....

Cekodok Kentang