Wednesday, May 6, 2009

Kek Coklat



BAHAN:


bahan A


250 gm butter 210 gm gula kastor/halus 5 biji telur ayam


bahan B


210 gm tepung gandum


1 sudu teh baking powder


ayak bersama 50 gm serbuk koko


80 ml susu segar/fresh milk



CARA:


1. Pukul butter dan gula sehingga gebu/kembang


2. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.


3. Masukkan tepung yg diayakkan diselangselikan dengan susu.


4. Kacau rata dan masukkan kedalam acuan yg diletakkan dalam acuan.


5. Bakar dalam suhu 180'C selama 50 - 60 minit.


6. Sejukkan dan jika suka tuangkan coklat cream icing.



Cream Coklat 250 gm cooking coklat 1 sudu besar majerin 1/2 cawan fresh cream/whipping cream


Cara:


1. Cairkan cooking coklat secara double-boil.


2. Angkat dari air panas tadi dan masukkan fresh cream/whipping cream dan majerin dan kacau sehingga sebati.


3. Tuangkan atas kek.

Kek Batik Jawa


Bahan

400g biskut Marie - patahkan 2 (biasa maklang guna 1 paket biskut marie)

4 telur (kurangkan jadi 2 biji pun boleh)

1 1/2 cwn gula putih (1/2 cwn tu masukkan brown sugar), kurangkan manis.

1 ketui butter

3/4 cwn koko powder

1/2 cwn freshmilk/air biasa

Cara


Telur + gula, pukul ngan whisker…put aside.Cairkan butter didalam periuk kemudian masukkan koko dan gaul rata. Guna api yang kecil.Tambah fresh milk dan masukkan telur dan gula tadi…kacau lagi.


Last sekali, masukkan biskut marie…gaul sampai kesemua biskut sebati.Jgn biarkan biskut terlalu kembang.Angkat dan tuang dlm loyang yg dialas dengan alu.foil supaya kek tu tak melekat…masuk lam fridge, dah keras baru potong menggunakan pisau tajam.

Nota : Kalau guna loyang cutter lagi bagus. Boleh masukkan bahan sampingan seperti walnut dan kismis jika mahu.

SOTO BANJAR

Sup
2 ulas bawang putih, 10 ulas bawang merah, sedikit halia, lada putih, sedikit lengkuas, 5 biji buah keras,3 batang kayu manis, bunga lawang, sedikit cengkih, 2 dada Ayam,3 batang serai (dipotong).

Begedil
Bawang merah, bawang putih , halia, lada puitih, halia, bunga cengkih, buah keras, telur.

Pelengkap
Nasi Himpit, mee suun, daun sup, bawang goreng, telur rebus, ayam (yang telah dicarik), limau, sambal.

Cara membuatnya:
Sup

bawang putih,bawang merah,halia,lada putih, dan buah keras dikisar halus…pastu rebus air dan ayam masukkan bunga cengkih,bunga lawang,kayu manis dan serai….bahan yang dikisar halus tadi tumis sehingga naik bau….kalau air rebusan ayam tadi sdh mendidih masukkan bahan yang telah di tumis,garam dan sedikit perasa.

Begedil

rebus kentang pastu ditumbuk hingga halus…bawang putih,bawang merah,lada putih,halia,bunga cengkih,buah pala tumbuk halus kemudian campur dengan kentang yang sdh dilecek pecahkan 1 atau 2 biji telur gaul hingga sebati..pastu masukkan garam dan perasa.
Buat bentuk bulat-bulat & celup ke dalam telur yg tlh dipukul. Goreng dgn api yang sederhana supaya tidak hancur.Semasa menghidang, letak nasi himpit, mee suun, telur rebus yang telah dipotong dan ayam yang telah dicarikkan di dalam mangkuk dan letak kuah sup dan begedil yang telah dibuat tadi. kemudian letak sedikit bawang goreng dan daun sup. Sedap dimakan ketika panas… sluurrrppp. (jangan lupa sambal untuk penggemar makanan pedas.)

Mee Bakso Jakarta

Bahan-Bahan:
mee kuning
telur direbus
(utuk sup)
bawang putih(cincang halus@kisar)
lada putih
daun sup&daun bawang
(utuk bakso)
isi ayam
bwg putih
lada sulah
tepung jagung
garam&gula
putih telur

Cara:

isi ayam di blend bersama bwg putih,smpai hancur,gaul isi ayam yg diblend td dengan lada sulah,garam,gula,tpung jagung akhir sekali masukkan telur putih.

sementara itu didihkan tulang ayam,bwg putih,bila mendidih,msuk lada sulah,garam,gula.tabur daun sup n bawang. bulat2kan isi ayam,msukkan dalam sup yg mendidih,msakla hingga bebola2 ayam td terapung@masak sempuna.

Cadangan Hidangan:
hidang dgn mee kuning n telur rebus

Bakso

Bahan-bahan ( 7-8 org )
Mee Hoon 1 bungkus (400 gm)
Taugeh
Kobis dihiris halus
*UTK BEBOLA
400 gm daging cincang
2 biji bawang merah diracik halus
2 biji bawang putih diracik halus
2 sb telur (1/2 biji)
1 sk tepung ubi / tepung jagung
sedikit serbuk lada sulah n garam
buah pala
*UTK KUAH
3 biji bawang merah dihiris
* 3 ulas bawang putih
*1/2 inci halia
*1sk lada sulah biji
1 batang serai diketuk
1 sb pati daging / pati ayam
sedikit serbuk lada sulah
garam n perasa

Cara-cara UTK KUAH; Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bawang meras hingga kekuningan. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing n naik bau. Masukkan sekali serai.
Masukkan air, masukkan juga pati daging, serbuk lada sulah, garam n perasa.

UTK BEBOLA: Sementara menunggu kuah mendidih, gaul semua bahan utk membuat bebola daging. Bentukkan bulat mengikut saiz yg kita suka. Siap membentukkan masukkan kedlm kuah tadi, biar mendidih. Kuah siap apabila bebola tadi timbul. Siap kuah n bebola
Rendam bee hoon dan celur, kemudian tapis. Hidang bee hoon dgn taugeh n kobis. Tuang kuah dgn bebola. Boleh juga guna mee lain.

Biasanya di indonesia.. bakso dihidang dgn cili padi yg ditumbuk berasingan dgn kicap... Kicap yg sering diguna kicap ABC.... Tak tahulah kat tempat lain ada tak... Tapi kalau kat batu pahat leh jumpa....

Cekodok Kentang