
Wednesday, June 10, 2009
Thursday, June 4, 2009
Kuih Bakar Kentang

6 biji kentang yg sederhana
3 biji telur
2 cawan gula pasir
3 cawan penuh tepung gandum
3 cawan santan (1 kotak santan + 2 cawan air)
warna kuning/hijau
1 sudu makan penuh minyak sapi
Cara Membuatnya
Kentang direbus dan setelah itu dikisar halus.
Telur dan gula di kacau hingga rata. Kemudian masukkan tepung dan santan, kacau hingga rata. Kemudian tapiskan adunan ini supaya jangan berbiji.
Tuang pula adunan tepung ke dalam kentang dan kacau sedikit sedikit hingga rata.
Panaskan minyak sapi, setelah itu tuangkan ke dalam adunan kentang dan kacau supaya minyak bercampur rata dengan adunan.
Loyang kuih bakar di sapu dgn minyak. Panas kan sebentar. Baru tuang adunan tadi. Masak atas api yg kecil.
Jika suka boleh taburkan sedikit bijan diatas.
Adunan ni sangat pekat. So jangan campur air lagi. Jika nak rasa durian/cempedak, blend sedikit durian/cempedak bersama sedikit santan tadi.
Kuih Kasui
80 g tepung beras
80 g tepung ubi/sagu
100g gula pasir
100 g gula merah /gula melaka
550 g air
1/2 camt air limau nipis/air kapur sireh.
Cara
Masak air dan gula bila larut tapiskan, biar sejuk sedikit.
Panaskan kukusan letak loyang 9X9 in sapu minyak sikit kat loyang.
Campur semua bahab dgn air gula tadi kacau dalam periuk hingga naik wap (hingga adunan tu bergentil sedikit ).
Tuang dalam loyang yang dah panas, kukus la sampai masak.
Note : Kak selalu tambah choc paste or nescafe sedikit bau dia lebih sedap.
“ Tidakkah ingin kalian aku khabarkan tentang perkara terbaik dan paling berharga yang boleh dimiliki oleh seseorang? Iaitulah, isteri yang solehah, yang cirinya adalah menggembirakankan apabila memandang kepadanya. Jika disuruh, dia mentaatinya, dan bila kamu tiada, dia memelihara ( rahsia dan hartamu ) dengan sebaiknya.”
Kailan & Cendawan Hitam

200 gm kailan Hong Kong
6 keping cendawan hitam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil tepung jagung
Sedikit air
Gula dan garam
CARA MENYEDIAKAN:
1. Celurkan kailan separuh masak, angkat dan toskan serta susun di atas pinggan.
2. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak masak dan masukkan sos tiram, sedikit air, cendawan hitam, kicap pekat, gula, garam dan serbuk perasa secukupnya.
3. Akhir sekali masukkan tepung jagung dan masak sehingga mendidih dan tuangkan ke atas sayur tadi. Hidangkan.
Telur Goreng Berlada

4 biji telur (saiz besar)
¾ cawan minyak
BAHAN TUMBUK KASAR:
4 tangkai cili merah
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah(hiris nipis)
Garam dan Gula secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:
1) Rebus telur hingga masak, sejukkan dan kupas.
2) Panaskan minyak dalam kuali dan goreng telur hingga kekuningan. Ketepikan.
3) Tinggalkan dua sudu besar minyak lebihan menggoreng telur dan tumis bawang
merah hingga kekuningan dan naik bau.
4) Masukkan bahan-bahan tumbuk, garam, gula dan goreng lagi hingga masak.
5) Masukkan telur rebus goreng ke dalam sambal dan gaul sebati, angkat dan
bolehlah dihidangkan.
Cendawan Goreng
Kek Puding Lapis Agar-agar

Sup Tulang

1 kg tulang rusuk lembu
4 biji ubi kentang
10 ulas bawang merah (tumbuk)
5 ulas bawang putih (tumbuk)
1 cm halia muda (tumbuk)
1 1/2 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil jintan putih (tumbuk)
1/2 sudu kecil jintan manis (tumbuk)
4 biji buah pelaga (ketuk)
1 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 tangkai daun sup
Sedikit bawang goring
CARA MENYEDIAKAN:
1.Rebuskan tulang lembu bersama kulit kayu manis sehingga dagingnya lembut.
2.Masukkan ubi kentang. Ketepikan.
3.Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan tumbuk sehingga naik bau dan tuangkan
ke dalam periuk rebusan tulang tadi.
4.Seterusnya, masukkan sedikit garam dan kacau rata.
5.Masukkan pula daun sup dan bawang goreng.
6.Angkat dan hidangkan.
Ayam Roasted

Bingka Keledek
1 biji telur ayam sedang
3 cawan tepung gandum
600g keledek
500ml santan
Keledek direbus lembut dan dilenyek hingga lumat. Masukkan semua bahan-bahan kedalam blender dan blend hingga halus. Di tapis kedalam loyang yang sudah disapu minyak. Bakar sehingga masak.
Renungan....
Wednesday, May 6, 2009
Kek Coklat

BAHAN:
bahan A
250 gm butter 210 gm gula kastor/halus 5 biji telur ayam
bahan B
210 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
ayak bersama 50 gm serbuk koko
80 ml susu segar/fresh milk
CARA:
1. Pukul butter dan gula sehingga gebu/kembang
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
3. Masukkan tepung yg diayakkan diselangselikan dengan susu.
4. Kacau rata dan masukkan kedalam acuan yg diletakkan dalam acuan.
5. Bakar dalam suhu 180'C selama 50 - 60 minit.
6. Sejukkan dan jika suka tuangkan coklat cream icing.
Cream Coklat 250 gm cooking coklat 1 sudu besar majerin 1/2 cawan fresh cream/whipping cream
Cara:
1. Cairkan cooking coklat secara double-boil.
2. Angkat dari air panas tadi dan masukkan fresh cream/whipping cream dan majerin dan kacau sehingga sebati.
3. Tuangkan atas kek.
Kek Batik Jawa

400g biskut Marie - patahkan 2 (biasa maklang guna 1 paket biskut marie)
SOTO BANJAR
2 ulas bawang putih, 10 ulas bawang merah, sedikit halia, lada putih, sedikit lengkuas, 5 biji buah keras,3 batang kayu manis, bunga lawang, sedikit cengkih, 2 dada Ayam,3 batang serai (dipotong).
Begedil
Bawang merah, bawang putih , halia, lada puitih, halia, bunga cengkih, buah keras, telur.
Pelengkap
Nasi Himpit, mee suun, daun sup, bawang goreng, telur rebus, ayam (yang telah dicarik), limau, sambal.
Cara membuatnya:
Sup
bawang putih,bawang merah,halia,lada putih, dan buah keras dikisar halus…pastu rebus air dan ayam masukkan bunga cengkih,bunga lawang,kayu manis dan serai….bahan yang dikisar halus tadi tumis sehingga naik bau….kalau air rebusan ayam tadi sdh mendidih masukkan bahan yang telah di tumis,garam dan sedikit perasa.
Begedil
Buat bentuk bulat-bulat & celup ke dalam telur yg tlh dipukul. Goreng dgn api yang sederhana supaya tidak hancur.Semasa menghidang, letak nasi himpit, mee suun, telur rebus yang telah dipotong dan ayam yang telah dicarikkan di dalam mangkuk dan letak kuah sup dan begedil yang telah dibuat tadi. kemudian letak sedikit bawang goreng dan daun sup. Sedap dimakan ketika panas… sluurrrppp. (jangan lupa sambal untuk penggemar makanan pedas.)
Mee Bakso Jakarta
mee kuning
telur direbus
(utuk sup)
bawang putih(cincang halus@kisar)
lada putih
daun sup&daun bawang
(utuk bakso)
isi ayam
bwg putih
lada sulah
tepung jagung
garam&gula
putih telur
Cara:
isi ayam di blend bersama bwg putih,smpai hancur,gaul isi ayam yg diblend td dengan lada sulah,garam,gula,tpung jagung akhir sekali masukkan telur putih.
sementara itu didihkan tulang ayam,bwg putih,bila mendidih,msuk lada sulah,garam,gula.tabur daun sup n bawang. bulat2kan isi ayam,msukkan dalam sup yg mendidih,msakla hingga bebola2 ayam td terapung@masak sempuna.
Cadangan Hidangan:
hidang dgn mee kuning n telur rebus
Bakso
Mee Hoon 1 bungkus (400 gm)
Taugeh
Kobis dihiris halus
*UTK BEBOLA
400 gm daging cincang
2 biji bawang merah diracik halus
2 biji bawang putih diracik halus
2 sb telur (1/2 biji)
1 sk tepung ubi / tepung jagung
sedikit serbuk lada sulah n garam
buah pala
*UTK KUAH
3 biji bawang merah dihiris
* 3 ulas bawang putih
*1/2 inci halia
*1sk lada sulah biji
1 batang serai diketuk
1 sb pati daging / pati ayam
sedikit serbuk lada sulah
garam n perasa
Cara-cara UTK KUAH; Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bawang meras hingga kekuningan. Masukkan bahan yg telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing n naik bau. Masukkan sekali serai.
Masukkan air, masukkan juga pati daging, serbuk lada sulah, garam n perasa.
UTK BEBOLA: Sementara menunggu kuah mendidih, gaul semua bahan utk membuat bebola daging. Bentukkan bulat mengikut saiz yg kita suka. Siap membentukkan masukkan kedlm kuah tadi, biar mendidih. Kuah siap apabila bebola tadi timbul. Siap kuah n bebola
Rendam bee hoon dan celur, kemudian tapis. Hidang bee hoon dgn taugeh n kobis. Tuang kuah dgn bebola. Boleh juga guna mee lain.
Biasanya di indonesia.. bakso dihidang dgn cili padi yg ditumbuk berasingan dgn kicap... Kicap yg sering diguna kicap ABC.... Tak tahulah kat tempat lain ada tak... Tapi kalau kat batu pahat leh jumpa....